Saturday, April 12, 2008

Anda Adalah Apa Yang Anda Makan - Bhg. 1

Agaknya sudah beribu kali anda mendengar atau membaca ungkapan ini, "Anda adalah apa yang anda makan". Oleh itu memilihlah bila makan. Kearifan orang dahulu tentang permakanan kini disahkan oleh kajian sains. Setiap makanan berkhasiat mempunyai corak menyerupai organ tubuh atau fungsi fisiologikal yang menggambarkan faedah makanan tersebut kepada seseorang yang memakannya.

Berikut beberapa contoh apa yang dimaksudkan:

karot
Karot yang dihiris kelihatan seperti mata manusia. Pupil, iris dan garisan jejari seakan-akan mata manusia. YA, sains telah membuktikan karot membantu pengaliran darah ke dan dari mata serta fungsinya.


tomato
Tomato mempunyai empat ruang dan berwarna merah. Jantung kita berwarna dan mempunyai 4 ruang. Kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan tomato adalah makanan untuk jantung dan darah.



anggur
Anggur tergantung dalam kelompok yang mempunyai bentuk seperti jantung. Setiap biji anggur kelihatan seperti sel darah. Kajian-kajian yang dijalankan dewasa ini menunjukkan anggur adalah makanan yang memberi tenaga kepada jantung dan darah.



kacang walnutKacang walnut kelihatan seperti otak, ada hemisfera kanan dan kiri, sereberum atas dan sereberum bawah, neo-kortek pun ada juga. Kini kita telah tahu bahawa kacang walnut membantu mengeluarkan 3 dozen neurotransmiter untuk fungsi otak.

kacang bunus
Kacang bunus membantu menyembuh dan memelihara fungi buah pinggang. Ya kacang bunus nampak betul-betul seperti buah pinggang manusia.


sayur saderiSayur saderi, bok choy, rubarb dan banyak lagi kelihatan seperti tulang. Sayur-sayuran ini adalah untuk kekuatan tulang. Tulang mengandungi 23% sodium, begitu juga dengan sayur-sayuran ini, 23% sodium. Sekiranya permakanan anda tidak mempunyai cukup sodium, tubuh anda akan mengambilnya dari tulang dan membuatnya menjadi tidak kuat.

Bersambung di kiriman akan datang.

Labels:


4 Komen:

Blogger azie menulis:

artikel yang menarik..terima kasih kerana berkongsi.

Blogger Wan menulis:

terima kasih.

Anonymous Nor menulis:

Ya, bagus...
Kalau kalian selalu ngamal buah-buahan begini, dicampur pula dengan sayur-sayuran, nescaya dirimu tampil sihat pesona. Tambahkan lagi penjagaan kesihatanmu dengan meningkatkan pengetahuan mengenai kecantikan di web page ini:

Penjagaan Kesihatan Seterusnya

Trimas!

Blogger Linda Ariff menulis:

informasi yg sgt baik.
Sgt berguna.

Post a Comment

<< Muka Depan