Sunday, November 13, 2011

Ingin Awet Muda?

Saya kira ramai yang ingin kelihatan muda selalu. Ada yang sanggup berbelanja beribu-ribu RM untuk mengembalikan keremajaan wajah. Ada berita baik untuk anda, pada 11.11.11 yang lalu, syarikat Jeunesse Malaysia telah melancarkan satu produk awet muda yang berjenama Luminesce. Teknologi terkini, sel stem, digunakan dalam pengeluaran produk tersebut.

Anda tak perlu pembedahan, botox atau susuk untuk kelihatan muda semula.

Sila lawati http://kerjadarirumah.net/jeunesse-malaysia/index.html untuk maklumat lanjut.

Labels:


Sunday, May 18, 2008

Kesan Dari Radiasi Telefon Bimbit

Satu ujikaji radiasi telefon bimbit ke atas telor telah dijalankan. Bahan yang digunakan sebiji telur dan dua buah telefon bimbit. Persediaan adalah seperti gambar di bawah:

Panggilan di antara dua telefon diaktifkan untuk tempoh selama lebih kurang 65 minit. Hasilnya seperti berikut:

15 minit - tiada apa yang berlaku.
25 minit - telur mulai panas.
45 minit - telur telah panas.
65 minit - telur telah masak.





Gambar telur tersebut dipaparkan di bawah:

Rumusan: Radiasi dari telefon bimbit mampu untuk mengubah protein telur. Bayangkan apa yang ia dapat buat kepada protein otak anda apabila anda berbual untuk tempoh yang panjang menggunakan telefon bimbit.

Saya mengingatkan diri saya dan pembaca sekalian agar jangan berbual lama-lama melalui telefon bimbit.

Bagaimana dengan telefon bimbit yang disimpan di pinggang? Apakah ianya memberi kesan yang sama? Bagaimana pula dengan mereka yang menyimpan dua buah telefon, satu di kocek kanan dan satu di kocek kiri?

Labels: , ,


Tuesday, April 22, 2008

Anda Adalah Apa Yang Anda Makan - Bhg. 2

avokadoBuah terung, avokado, pear baik untuk kesihatan serta fungsi rahim dan serviks wanita. Bentuk buah-buahan tadi kelihatan seperti organ tersebut. Kajian terkini menunjukkan apabila seseorang wanita memakan sebiji avokado setiap minggu, hormonnya seimbang, membuang berat kelahiran yang tidak diperlukan dan menghindari kanser serviks. Adakah fakta ini berkebetulan? Pokok avokado mengeluarkan buah masak dalam tempoh sembilan bulan selepas ia berbunga.

buaharaBuah ara mempunyai biji yang banyak dan bergantungan di pokok dua setangkai. Buah ara dapat meningkatkan motiliti sperma lelaki serta meningkatkan jumlahnya dan juga mengatasi masalah kemandulan lelaki. Agaknya ia menyerupai apa?

keledekKeledek menyerupai seperti pankreas dan ia sebenarnya dapat mengimbangkan indek glisemik pesakit kencing manis.




buah zaitunBuah zaitun pula baik untuk kesihatan dan dapat membantu fungsi ovari.




buah orenLimau grapefruit, oren dan buah-buahan sitrus kelihatan seperti kelenjar mamari wanita. Sebenarnya buah-buahan tersebut dapat membantu kesihatan payudara dan pergerakan keluar masuk limfa dari payudara.

bawang besarBawang besar kelihatan seperti sel tubuh. Kajian masa kini menunjukkan bawang besar dapat membantu membersihkan bahan sisa dari sel-sel tubuh. Ia juga boleh menyebabkan air mata yang membasuh lapisan epitelial mata.

Labels: