Friday, January 25, 2008

Kasih Sayang dan Kesihatan

Percaya tak kalau saya kata kasih sayang boleh membuat seseorang itu kekal sihat? Percaya atau tidak itulah hasil kajian yang telah dilaksanakan oleh beberapa pakar kesihatan. Kajian yang dijalankan mendapati bahawa kasih sayang dapat memberi kekuatan kepada sistem imun, pertahanan badan daripada serangan penyakit.

"Apabila anda merasa diri dikasihi, ditatang, dijaga atau dibantu, kemungkinan besar anda akan hidup lebih sihat dan gembira," kata Dr. Dean Ornish. "Anda mempunyai risiko rendah mendapat penyakit dan, jika anda mendapat penyakit, mempunyai peluang yang lebih baik untuk sembuh".

Ini pula pengalaman seorang doktor di Malaysia:

"Seorang wanita berusia pertengahan 30 tahun datang berjumpa saya kerana masalah asma. Beliau tidak pernah mendapat asma sebelum ini. Apabila saya periksa, saya dapati beliau mempunyai gejala asma bronkus. Saya berikan dia ubat asma dan meminta dia datang semula dalam masa seminggu untuk pemeriksaan lanjut.

Selepas seminggu saya dapati tiada perubahan dan saya memberinya ubat lain. Seminggu kemudian dia datang lagi, juga tiada apa-apa perubahan. Nafasnya masih lagi berdesit bunyinya.

Saya bertanya apa yang berlaku sebelum beliau mendapat asma dan beliau terus menangis...

Rupanya beliau telah keguguran dua minggu sebelum mendapat serangan asma. Beliau menyalahkan diri sendiri di atas apa yang telah terjadi. Untuk memburukkan lagi keadaan, suami beliau enggan bercakap dengan beliau selepas kejadian itu.

Saya membiarkan beliau meluah perasaan dan kesedihan beliau.Sehelai demi sehelai tisu dihabiskannya. Kemudian saya beri keyakinan bahawa beliau tidak bersalah dalam hal ini.

Sebulan kemudian beliau kembali ke klinik saya dan memberitahu asma beliau telah hilang walaupun beliau tidak memakan ubat yang diberikan. Semua gejala asma hilang selepas konsultasi terakhir dengan saya."

Ini bukannya satu-satu kes yang ditangani oleh doktor tersebut. Beliau mendapati ramai lagi pesakit yang mempunyai masalah serupa dan memperolehi hasil yang serupa.

Oleh itu, berilah kasih sayang kepada yang memerlukan. Ia adalah hadiah yang tak ternilai harganya.

Labels:


Friday, January 18, 2008

Tak Nak Berhenti Merokok?

Jika orang bertanya kepada anda sama ada anda ingin berhenti merokok atau tidak, sudah tentu anda menjawab "ya". Jika jawapan anda "tidak", cuba lihat semula. Apakah ikhlas anda tidak mahu berhenti merokok atau ada suara kecil yang menjawabnya bagi pihak anda.

Saya yakin anda, yang merokok, sebenarnya ingin berhenti merokok. Anda sedar bahawa merokok memang membahayakan kesihatan anda, keluarga dan orang di sekeliling anda. Setiap kali suara hati anda menerbitkan hasrat untuk berhenti merokok anda akan mendengar suara kecil di belakang minda anda yang menyatakan, "Buat apa berhenti? Tidak macho kalau tidak merokok dsb." Kita selalu terdorong untuk mengikut cakap suara kecil di dalam semua hal kehidupan kita. Ia tidak terhad kepada tabiat merokok sahaja.

Cuba renungkan fakta mengenai bahaya asap "second hand" atau asap yang dihembus keluar oleh perokok. Asap tersebut mengandungi lebih dari 4,000 bahan kimia, antaranya:


  • karbon monoksida (terkandung dalam asap kereta)

  • ammonia

  • kadmium (terkandung dalam bateri)

  • arsenik (terkandung dalam racun tikus)

Cuba bayangkan kesan bahan-bahan tersebut ke atas mereka yang berada di sekeliling kita, mereka yang kita kasihi.

Kajian yang dijalankan pada tahun 1997 mendapati bahawa risiko individu bukan perokok yang tinggal dengan perokok mendapat kanser paru-paru adalah 24 peratus lebih tinggi dari mereka yang tidak tinggal dengan perokok. Kanser merupakan pembunuh nombor dua di Malaysia dan kanser paru-paru merupakan penyumbang terbesar kepada kematian yang dikaitkan dengan kanser.

Cuba renung secukupnya dan buat keputusan mengikut suara hati.

Untuk maklumat tambahan, sila ikuti pautan ini: http://www.kesihatan.biz/Masih_Ingin_Merokok.php

Labels:


Friday, January 11, 2008

Faktor Asas Penyebab Kanser

Sejak sekian lama adalah dipercayai bahawa baka merupakan faktor utama yang meningkatkan seseorang mendapat kanser. Namun begitu fakta menunjukkan antara 80 hingga 90% pesakit kanser tidak mempunyai ibubapa atau saudara yang mengidap kanser.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa faktor persekitaran seperti asap rokok, diet, dadah, arak, radiasi dan bahan kimia mungkin merupakan faktor utama penyebab kanser. Anak-anak mereka yang mengidap kanser biasanya berada di dalam persekitaran yang sama seperti ibubapa mereka. Justeru risiko mereka mendapat kanser juga boleh dianggap hampir sama dengan ibubapa mereka. Seorang bapa yang merokok mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser paru-paru. Anak-anak beliau juga mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser paru-paru. Bukan disebabkan faktor baka, tetapi asap dari rokok yang dihisap oleh bapa mereka. Bagaimana pula dengan amalan diet atau pemakanan yang juga merupakan faktor penyebab kanser? Anak-anak biasanya memakan makanan yang sama dengan ibubapa mereka, justeru tidak mustahil anak-anak mendapat kanser jika ibu atau bapa mereka mengidap kanser.

Adakah penemuan kajian-kajian tersebut telah terbukti kebenarannya? Atau ada faktor lain yang menjadi punca kepada terjadinya berbagai jenis penyakit kanser? Untuk maklumat seterusnya sila lawati: http://www.kesihatan.biz/artikel/punca_kanser.php

Labels: ,


Tuesday, January 8, 2008

Radikal Bebas dan Kesihatan Anda

Pernahkah anda mendengar tentang radikal bebas? Jika ya, Alhamdulillah. Adakah anda tahu cara untuk menstabilkan radikal bebas? Jika jawapannya tidak, harap baca kiriman ini seterusnya dan mengambil tahu mengenai bahan yang mempercepatkan proses penuaan ini.

Kesihatan anda bergantung kepada kemampuan tubuh anda menstabilkan radikal bebas. Tubuh anda tidak mampu menstabil radikal bebas secara semulajadi, ia memerlukan bantuan dari luar. Anda perlu lakukan sesuatu untuk membantu tubuh anda menstabilkan radikal bebas di dalam tubuh anda. Bagi yang belum mengetahui, radikal bebas adalah bahan yang terhasil dari proses penghadaman makanan. Kehadiran radikal bebas boleh merosakkan sel-sel tubuh anda. Jika sesuatu tidak dilakukan, sel yang rosak tadi akan menjadi sel kanser dan akan terus membiak seperti sel-sel yang lain.

Bagaimana rasanya kalau anda dapat membantu orang yang dikasihi atau kenalan memperolehi balik kesihatan yang telah hilang atau pun membantu mereka kekal sihat sepanjang hayat, cuba renungkan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang radikal bebas, sila ikuti pautan ini:
http://www.kesihatan.biz/Radikal_Bebas_Penyakit.php

Labels:


Friday, January 4, 2008

Sakit Jantung: Kolesterol Puncanya?

Kita selalu diingatkan tentang bahaya kolesterol dan dinasihatkan untuk selalu membuat pemeriksaan tahap kolesterol dalam darah kita. Kita percaya, seperti yang biasa dilaporkan dalam media utama, bahawa kolesterol boleh menyebabkan sakit jantung. Apakah pendapat ini tepat?

Mengikut kajian, 15% dari mereka yang diserang sakit jantung didapati mempunyai paras kolesterol yang normal. Apa yang kita dapat simpulkan dari penemuan kajian ini?

Seorang penyelidik dari Harvard Medical School mendapati bahawa punca sebenar penyakit jantung bukanlah kolesterol tetapi bahan yang dikenali sebagai homosistein. Homosistein adalah bahan yang terhasil dari proses penghadaman makanan. Kalau begitu ia bermakna semakin banyak kita makan, semakin banyaklah homosistein yang terhasil. Apakah ini akan meningkatkan risiko kita mendapat serangan jantung? Justeru eloklah kita berhenti makan sebelum kenyang.

Untuk maklumat lanjut, apa yang anda boleh lakukan untuk mengawal homosistein, sila lawati http://www.kesihatan.biz/sakit_jantung.php

Labels: ,


Tuesday, January 1, 2008

Kunci Kesihatan Optimum

Selamat menyambut tahun baru 2008. Apa azam anda pada tahun ini? Buat duit lebih? Bercuti cuti-cuti Malaysia? Bagaimana kalau saya cadangkan "memperbaiki atau meningkatkan tahap kesihatan" anda? Tiada harta yang lebih bernilai dari kesihatan.

Setiap dari kita inginkan kesihatan yang baik tetapi apa yang kita lakukan untuk kekal sihat sepanjang hayat? Secara jujur ramai di antara kita kurang memberi perhatian mengenai penjagaan kesihatan. Anda kata anda mengambil makanan seimbang untuk menjaga kesihatan, tetapi adakah anda tahu apa yang sebenarnya diperlukan oleh tubuh anda?

Jika anda hendak berbuat sesuatu untuk mengubah tahap kesihatan anda, tumpukan kepada usaha meningkatkan kesihatan sistem imun tubuh. Dr. William Hennen, Pd.D, seorang pakar biokimia berkata, "Punca penyakit adalah sistem imun yang lemah. Apa saja yang boleh meningkatkan keberkesanan sistem imun akan membantu mencegah dan merawat penyakit."

Untuk menjaga sistem imun dengan baik, anda perlu mengenalinya terlebih dahulu. Siapa dia? Bagaimana cara dia bekerja? Apa keperluan dia? Makrofaj dan sel T-pembantu adalah sebahagian dari anggota sistem imun. Apa fungsinya? Apa akan jadi kepada kesihatan kalau makrofaj dan sel T-pembantu tidak berfungsi seperti yang ditetapkan Yang Maha Pencipta? Untuk maklumat lanjut sila lawat: http://www.kesihatan.biz/artikel/imun.php

Labels: