Friday, January 11, 2008

Faktor Asas Penyebab Kanser

Sejak sekian lama adalah dipercayai bahawa baka merupakan faktor utama yang meningkatkan seseorang mendapat kanser. Namun begitu fakta menunjukkan antara 80 hingga 90% pesakit kanser tidak mempunyai ibubapa atau saudara yang mengidap kanser.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa faktor persekitaran seperti asap rokok, diet, dadah, arak, radiasi dan bahan kimia mungkin merupakan faktor utama penyebab kanser. Anak-anak mereka yang mengidap kanser biasanya berada di dalam persekitaran yang sama seperti ibubapa mereka. Justeru risiko mereka mendapat kanser juga boleh dianggap hampir sama dengan ibubapa mereka. Seorang bapa yang merokok mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser paru-paru. Anak-anak beliau juga mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser paru-paru. Bukan disebabkan faktor baka, tetapi asap dari rokok yang dihisap oleh bapa mereka. Bagaimana pula dengan amalan diet atau pemakanan yang juga merupakan faktor penyebab kanser? Anak-anak biasanya memakan makanan yang sama dengan ibubapa mereka, justeru tidak mustahil anak-anak mendapat kanser jika ibu atau bapa mereka mengidap kanser.

Adakah penemuan kajian-kajian tersebut telah terbukti kebenarannya? Atau ada faktor lain yang menjadi punca kepada terjadinya berbagai jenis penyakit kanser? Untuk maklumat seterusnya sila lawati: http://www.kesihatan.biz/artikel/punca_kanser.php

Labels: ,